Bawang putih bukan digunakan hanya sekadar penambah aroma dan rasa masakan untuk membangkitkan selera. Kegunaannya dimanfaatkan sebagai penyelesaian berbagai penyakit. Ianya telah diketahui sejak berabad-abad silam.
Sebuah papyrus di Mesir bertarikh 1500 SM ditemukan mengandungi 22 khasiat Bawang Putih (Allium sativum) untuk mengubati penyakit. Tidak hairan mengapa Raja Tutankhamun dari Mesir memanfaatkannya untuk stamina
dan mencegah penyakit.
Di Romawi dan Yunani umbi bawang putih digunakan sebagai ubat lepra dan asma. Manakala orang Lebanon memanfaatkannya untuk diet. Pada 1858, Louis Pasteur ahli mikrobiologi menggunakan kerabat bunga lili itu sebagai desinfektan pembersih luka terbuka serta mencegah gangrene (pembusukan).
Antikolesterol
Khasiat bawang putih dibuktikan secara ilmiah oleh Divisi Kardiologi, California University dan Western Medical Center, Amerika Serikat. Mereka menguji 40 pesakit hiperkolesterol berusia 40-75 tahun. Empat minggu sebelumnya seluruh pesakit diberikan plasebo, tablet berisi serat biasa sebagai pembanding. Setelah itu mereka diberi asupan ekstrak bawang putih selama 4 minggu dengan dosis suplemen yang biasa diambil oleh pesakit.
Hasil penelitian menunjukkan herbal daripada bawang putih menurunkan 11% kolesterol, 10% LDL, 34% trigliserida, dan tanpa kesan apa pun terhadap nilai HDL. Sedangkan plasebo hanya berkesan menurunkan LDL dan trigliserida pada 10 pesakit .
Ianya terbukti juga apabila pesakit yang bernama Siti Aisyah yang menghidapi penyakit overkolesterol.
Seminggu lamanya Siti harus berulang-alik ke rumah sakit. Beliau yang berasal daripada Tegal, Jawa Tengah, itu mempunyai jumlah kolesterol yang amat tinggi di dalam badan, sehingga mencapai 284 mg/dl. Padahal, ambang batas kolesterol hanya 200 mg/dl. Kolesterol itulah penyebab beliau menghidapi masalah stroke berkali-kali. ubat-ubatan yang diamalkan tidak mempunyai kesan yang dapat menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya beliau sering kali cepat lelah, merasa sakit ulu hati, dan kekejangan. Itu sebabnya beliau beralih ke suplemen yang mengandungi bahan bawang putih. Sebulan kemudian, kolesterolnya turun 45 angka. Manakala, Low Density Lipoprotein (LDL)turun 65 angka dari 183 mg/dl, dan trigliserida turun 106 angka dari 195 mg/dl.
Bawang putih memiliki zat antipenggumpal darah, sehingga ia berkhasiat sebagai antikolesterol, kata dr Danny Kasim, ahli nutrisi di Jakarta. Hal ini sejajar dengan penelitian Dr Yongxiang Zhang dari University of Tokyo, Jepang. Hasil penelitiannya, bawang putih membantu menurunkan kadar kolesterol karena memiliki ajoene, zat antikolesterol untuk mencegah penggumpalan darah. Selain itu ianya juga mempunyai zat Allicin yang berfungsi unttuk menyerap lemak.
Banyak khasiat
Selain penyakit kolesterol tinggi dan hipertensi, peneliti pada University of Texas dan Anderson Cancer Center , Houston, Amerika Serikat mengungkap bahawa kandungan S-allyl cysteine dan diallyl sulfi de dapat menurunkan kerosakan usus dan mengelakkan pembentukan tumor usus. S-allyl cysteine dan dialyl sulfi de mengelakkan 36%kerusakan usus. Diallyl sulfi de diklaim sebagai salah satu penghadang tumor terbaik.
Mereka juga mengungkapkan bahawa bawang putih dapat merangsang poliferasi limfosit yang meningkatkan 25%sel darah putih dalam badan yang berfungsi sebagai sistem kekebalan.Menurut dr Denny Kasim manfaat bawang putih optimum jika konsumsinya disokong dengan mengelakkan beberapa faktor pencetus lain. Pengambilan lemak, pedas, kuning telur, dan gula mesti terhad. Sedangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar diperbanyak. Tak ketinggalan rehat cukup dan sukan teratur agar terhindar dari pelbagai penyakit.
~ sekarang korang dah taw kan apa sebenarnya khasiat bawang putih ? :) selama ne kita gunakan bawang putih untuk tujuan masakan dan lain2, tidak pula pernah terfikir yang ianya mempunyai bnyk khasiat sehingga dikatakan sbg antikolesterol kan ? eheh . :)
so, starts from now on, amalkan lah pemakanan yg mengandungi bnyk bawang putih ok ! :)
:::: SHARING IS CARING :::::
^_____^
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda di sini ok . ckp jew la apa korang nak ckp ! i will feed ur comment back ~ hoho . :D