My Melody Kawaii MISZ KUZUKA ^^,MISZ KUZUKA ^^, MISZ KUZUKA ^^, MISZ KUZUKA ^^, MISZ KUZUKA ^^, MISZ KUZUKA ^^,

Thursday, 17 November 2011

SUKA YANG LEBIH BERUSIA ??

slm guys ~ :D




Wanita kini dikatakan lebih meminati leleki yg lebih berusia ? btul kew ? jum baca n usha lg . :D


Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia bukan? Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?


(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.


(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali mereka.


(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.


(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.



Setiap org sentiasa menginginkan pasangan yg sempurna buat diri mereka n menghargai diri mereka sbg pasangan . tp setiap org juaga memiliki CITA RASA yg berbeza . ibaratkan rambut sama hitam tapi hati lain-lain . btl x gurls ? :)






 





::::: SHARING IS CARING :::::
^___*









e j a k u z u k a





suka entri ne ? click the LIKE botton . :D

Wednesday, 16 November 2011

7 SEBAB UTAMA MENGAPA LELAKI MENIPU

slm 1 Malaysia guyss ~ :D




si DIA menipu ? sebab apa ? jum usha lg n baca entri ne . :D




Hal ini memang sudah lama didebatkan. Tetapi pasti tiada jawapan khusus yang akan dijumpai. Ini adalah kerana setiap lelaki di mukabumi ini membawa perwatakan yang berbeza-beza. Sebenarnya tidak patut ada istilah lelaki semua sama. Sekiranya semua lelaki sama, pasti persoalan mengenai mengapa lelaki menipu akan terjawab. Ini merupakan hanya panduan kepada anda sahaja untuk mengetahui sebab utama mengapa lelaki menipu. Awas!! ia tidak merujuk kepada semua lelaki tetapi hanya data daripada beberapa individu sahaja mewakili lelaki yang pernah menipu.  Penilaian terbaik adalah daripada anda sendiri untuk menentukannya menggunakan pemikiran akal yang waras.



Sebab utama :

Pilihan

Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. Sebagai contoh, apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya. Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.


Ego

Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil dengan segera. Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka.


Permasalahan hubungan

Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. Cara ini adalah sebagai jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi. Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang menyebabkan lelaki menipu.


Teman wanita yang suka mengkritik

Seorang wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima kritikan daripada anda.


Bosan

Setiap pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.


Pernah ditipu

Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini. Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang kebaikan didalam perhubungan.


Perubahan

Ada sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati satu situasi yang baru.




ohhhh, sekarang baru taw ! hoho . sO, INGAT LAH ORANG YANG TERSAYANG . :D












::::: SHARING IS CARING :::::
^___*








e j a k u z u k a




suka entri ne ? click the LIKE botton . :D

SKANDEL BARU ??

yuhuuuu again ~ :D




haaaa ? skandel baru ? alamaaa ~ i am sorry Mr. G ! nampaknya aQ telah jatuh CINTA ma owg lain ! haha . xlah, men2 jew . wo xiwang ni, wo puyau likai ni ok Mr. G ? hoho . :)




ne dia SKANDEL baru aQ tuh haaa ! lihatlah dunia ! haha :D






Abg Akim ! whoaaaaaa ! :D haha






Ggrrrrrr ~ Wo ai ni ! wkwkwkw :D






apa ? Akim ? eheh . sapa xknal akim weh . alaaa, yg pernah di gosipkan dgn ICA comel af7 tuh . hoho . :D apa2 jew la. aQ pown heran gak ne knp tetiba jew aQ MINAT GILA gan Akim . dulu bkn main lg asal nmpak Akim jew d Tv, automatik 2kar channel ! kejamnya aQ ! haha . sOey abg Akim . eheh . abg ? huuuu ~ :D


Gara2 lagu n video ne la yg wat aQ gila dgn AKIM . aQ nmpak dia cool sgt ! terbaekk wokkkk ! suka-suka ! haha . anyway, enjoy this video song . By Skandel baru aQ AKIM - JANJI . yawwwww I AM YOURS <--- trademark jew 2 ! :D
[syok sendiri ! :)]








cool kan ? hoho . :D









k u z u k a <3 G




suka entri ne ? click the LIKE botton . :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...