1. Kecantikan seorang wanita
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara
kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)
marahnya.
2. Orang yang membujang
adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya
dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang
mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak
permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain
diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah
tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan
perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima
anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita
yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang
gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah
memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan
suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak
bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita
hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini
wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan
pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat
daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia
mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
16. Pudarlah kebahagiaan
seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan
dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong
manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang
lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk
berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita
terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang
bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan
suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah
cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya
setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada
wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila
berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang
terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan
untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang,
lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan,
perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan,
suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai
dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di
sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut
akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi
saingannya.
30. Isteri yang bersikap
jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi
kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang
mencintainya.
p/s : take this note boys ! :)
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda di sini ok . ckp jew la apa korang nak ckp ! i will feed ur comment back ~ hoho . :D